Dairi hidupku Pada tarikh 25.12.1967, aku di lahirkan dikampung Jawa Air Kuning Kampar Perak. Ibuku, memberi tahu semasa aku kecil aku sangat nakal, suka membuat bising dan suka mengganggu orang. Namun aku di ajar olah ibuku, supaya bersopan dan menghormati orang tua.
Bila umurku menjangkau 4 tahun aku mula boleh bertutur (cakap) dengan kurang memuaskan dan aku sangat gembira sekali.Ibuku seorang peniaga di pasar,dan ibuku selalu membawa aku ke pasar untuk menolongnya .Setelah Aku menolong ibuku dipasar ibuku akan memberi wang untuk aku sebagai balasan.
Bila umurku menjangkau 7 tahun,aku mula memasuki alam persekolahan.Ibuku mendaftarkan ke Sekolah Kebangsaan Air Kuning. Pada hari pertama aku sekolah aku rasa seronok sekali kerana aku ada ramai kawan-kawan yang sebaya dengan aku dan ibuku ada sekali,jadi aku tidaklah rasa takut sangat.Selama 5 (minggu pertama) hari aku sekolah selama itulah ibuku menemani aku disekolah.Masuk minggu kedua aku mula merasa takut kerana ibuku tidak dapat bersamaku kerana ibuku berniaga,lama-kelamaan aku mula merasa dapat menyesuaikan diri apabila berada di bangku sekolah hinggalah aku masuk ke sekolah menengah.
Nama sekolah menengah aku ialah Sekolah Menengah Sri Kampar dan aku berada di sekolah menengah selama 3 tahun (tamat tingkatan3) karana keluargaku tidak mampu.Setelah tamat sekolah aku mula berkerja di kawasan ladang kelapa sawit,yang berhapiran dengan kampungku.Aku berkerja diladang kelapa sawit selama 8 tahun.Selepas itu aku telah mengambil lesen kenderaan (B2-D-E) pada tahun 1990.setelah aku mendapat lesen,aku mula mencuba nasib membawa lori sawit pula, peristiwa semasa aku membawa lori yang tak dapat aku lupakan ialah aku di tahan oleh JPJ kerana aku membawa muatan berlebihan sudah bermacam-macam alasan aku berikan namun pihak JPJ namun pihak JPJ tidak terima dengan alasan yang aku berikan akhirnya aku diberi surat saman oleh pihak JPJ.selama setahun aku berkerja disini .aku telah berpindah kerjamuka surat2